Harian Metro

Tanggung naik taraf transforme­r elektrik

-

Petra Jaya: Pembinaan dan peruntukan naik taraf transforme­r bekalan elektrik luar bandar di negeri ini ditanggung Kementeria­n Luar Bandar.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar negeri Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kementeria­n itu juga turut menyediaka­n peruntukan untuk menyalurka­n bekalan elektrik ke kawasan luar bandar.

Beliau berkata, syarikat pembekal elektrik Sarawak Energy Berhad (SEB) memainkan peranan untuk memantau beban kapasiti transforme­r itu.

“Jika transforme­r mencapai kapasiti lebih 80 peratus, SEB akan melaksanak­an kerja naik taraf bagi pihak kementeria­n bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna,” katanya.

Dr Abdul Rahman (PBB-Pantai Damai) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukaka­n Datuk Ranum Mina (PBB-Opar) dalam Persidanga­n Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Ranum bertanyaka­n kerajaan negeri mengenai peruntukan daripada kementeria­n untuk kerja menaik taraf transforme­r bekalan elektrik luar bandar di negeri ini.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman berkata, kos pemasangan dan naik taraf transforme­r itu termasuk dalam kos projek bekalan air luar bandar, namun naik taraf yang tidak membabitka­n projek berkenaan akan ditanggung SEB.

“Kos menaik taraf sebuah transforme­r 50 kilovolt-ampere (kVA) kepada 160 kVA adalah sebanyak RM20,000, tidak termasuk kos pemasangan manakala jumlah keseluruha­nnya dianggarka­n sehingga RM80,000,” katanya.

 ?? Dr Abdul Rahman ?? Jika transforme­r mencapai kapasiti lebih 80 peratus, SEB akan melaksanak­an kerja naik taraf bagi pihak kementeria­n bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna”
Dr Abdul Rahman Jika transforme­r mencapai kapasiti lebih 80 peratus, SEB akan melaksanak­an kerja naik taraf bagi pihak kementeria­n bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi untuk dibekalkan kepada pengguna”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia