Harian Metro

DITIKAM RAKAN SEKERJA

Lelaki cekik, tikam kerani wanita hingga mati

- Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@nstp.com.my

Akibat berang kerap disindir mempunyai hubungan sulit, seorang lelaki menikam dan mencekik kerani wanita sehingga mati di sebuah kolej kemahiran di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mayat mangsa, Zaimah Mahmod, 57, ditemui di stor pejabat kolej berkenaan akibat ditikam dengan pisau oleh suspek berusia 28 tahun yang juga rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada suspek yang mengaku baru membunuh mangsa.

“Ketika menghubung­i polis pada jam 2.40 petang, lelaki itu (suspek) turut memberitah­u sudah menikam dan mencekik wanita berkenaan sehingga mati.

“Hanya suspek dan mangsa berada di tempat kejadian. Beberapa kesan tikaman turut ditemui di leher dan badan wanita itu, selain pisau yang digunakan suspek untuk membunuh,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang juga pembantu makmal kolej itu dipercayai berdendam kerana sering disindir mangsa.

“Mangsa yang juga ibu tunggal dikatakan kerap menyindir suspek mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan di kolej berkenaan.

“Suspek yang baru tiga bulan bekerja juga menjalani rawatan kemurungan di hospital selain pernah melakukan cubaan membunuh diri,” katanya memaklumka­n suspek ditemui hanya duduk dalam keadaan tenang di samping mayat mangsa.

Kata Azizan, pihaknya bagaimanap­un masih menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA ditemui mati di stor pejabat pentadbira­n kolej berkenaan.
MANGSA ditemui mati di stor pejabat pentadbira­n kolej berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia