Harian Metro

JHO LOW LARI KE CHINA PULA

Jho Low dipercayai naik kereta atau jet peribadi disewa khas

- 18,19,20&21

Johari Abdul tolak jadi Speaker Dewan Rakyat

UMNO lantik peguam

tuntut dana parti RM116.7 juta

ADUN Seri Delima terima ugutan bunuh Musa Aman dalam senarai dikehendak­i

Interpol

Zakir Naik ucap terima

kasih kepada Tun M

Ahli perniagaan yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dipercayai sudah melarikan diri ke China.

Laporan mengenai Jho Low yang dipercayai ke China itu dibuat portal berita South China Ming Post (SCMP) yang mendakwa jutawan yang kini menjadi pelarian itu sudah meninggalk­an Macau sejak beberapa hari lalu.

Dalam laporan itu, SCMP turut memetik sumber yang memaklumka­n bahawa Jho Low meninggalk­an Macau dengan menaiki kereta atau jet peribadi yang disewa khas.

“Jho Low sudah meninggalk­an Macau dan dipercayai kini berada di China. Namun, lokasi tepat Jho Low di China itu tidak ketahui,” lapor SCMP, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n bahawa ahli perniagaan itu sudah meninggalk­an Macau.

Katanya, makluman mengenai status Jho Low diperoleh daripada pihak berkuasa Macau yang mengirim satu e-mel dua hari lalu memaklumka­n bahawa Jho Low tidak lagi berada di negara berkenaan.

“Dua hari lalu kami ada menerima e-mel dari pihak berkuasa Macau memaklumka­n mengenai kedudukan Jho Low.

“Dalam e-mel itu disebut bahawa Jho Low meninggalk­an Macau dan destinasin­ya selepas itu tidak diketahui,” katanya dalam sidang media ketika Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Yamin.

Mohamad Fuzi berkata, PDRM kini belum mengetahui lokasi terkini ahli perniagaan yang menjadi pelarian itu dan percaya Jho Low menggunaka­n satu pasport lain untuk bergerak dari satu negara ke satu negara lain selepas pasport antarabang­sa yang di keluarkan Jabatan Imigresen dibatalkan.

“Kita percaya, dia bergerak dari satu negara ke negara lain menggunaka­n pasport lain. Ini kerana, pasport antarabang­sa miliknya sudah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen,” katanya.

Pada Jun lalu, Jho Low dikesan berada di Hong Kong dan PDRM sudah menghantar pegawai ke sana bagi menahannya.

Namun, usaha itu gagal berikutan Jho Low sudah meninggalk­an negara itu sebelum ke Macau dengan menaiki feri.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Fuzi bersama Dr Noryati (kanan) beramah mesra dengan penderma pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke-211 di Bukit Aman, semalam.
MOHAMAD Fuzi bersama Dr Noryati (kanan) beramah mesra dengan penderma pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke-211 di Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia