Harian Metro

BELA ARWAH ANAK

2 keluarga tuntut keadilan kes anak meninggal bawah jagaan pengasuh

- lapor Mahaizura Abd Malik dan Norizuan Shamsudin.

Kematian tragis Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, baru-baru ini membuatkan dua ibu bapa yang kehilangan bayi mereka di bawah jagaan pengasuh mahu pihak berkuasa membuka kembali kes demi menuntut keadilan untuk anak.

Mereka bukannya tidak reda dengan ketentuan Tuhan tetapi kematian bayi disebabkan kecederaan di kepala pada Januari dan April lalu ‘ditutup’ kerana kekurangan bukti walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan,

Dua ibu bapa kesal kes kematian di bawah jagaan pengasuh ‘ditutup’

“Saya bersuara bukan kerana tak reda dengan apa yang menimpa kami, namun sebagai ibu, saya mahu mencari keadilan untuk kematian anak yang sehingga kini tiada pembelaan.

“Saya tahu biarpun hukuman tidak mungkin dapat mengembali­kan semula nyawa anak, namun saya berhak tahu kebenaran dan saya tidak mahu kejadian sama berulang kepada anak orang lain,” kata Julia Rahim, 35, ibu yang kematian bayinya, Nur Aisy Mohd Ikhwan, April lalu.

Menurutnya, Nur Aisy dirujuk ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Serdang selama tiga hari selepas didapati tidak bermaya apabila diambil dari rumah pengasuh sebelum meninggal dunia.

Juruteknik sebuah pusat pengajian tinggi di Kajang itu berkata, keputusan bedah siasat dikeluarka­n bulan lalu memaklumka­n punca kematian bayinya berusia lima bulan itu disebabkan kecederaan akibat hentakan objek tumpul di kepala.

Menurutnya, kematian Adam Rayqal Mohd Sufi, baru-baru ini, menyentap naluri keibuannya kerana mengingatk­an kepada kematian bayinya itu.

“Sudah tentu saya memahami apa dilalui ibu bapa Adam Rayqal sekarang, lebih-lebih lagi punca kematian mereka ada persamaan.

“Doakan supaya urusan kami sekeluarga untuk mencari keadilan buat anak kami seperti mana kes Adam Rayqal yang sedang dibela akan berjalan lancar dan menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, sejak kematian Nur Aisy, dia dan suaminya, Mohd Ikhwan Mobin, 31, berusaha keras mencari keadilan, namun berikutan dakwaan pihak berkuasa yang mengatakan kekurangan bukti, ia menyukarka­n perjuangan mereka.

“Sudah banyak kali kami berusaha melalui pelbagai saluran, namun usaha kami sia-sia saja kerana pihak berkuasa memaklumka­n kekurangan bukti untuk membawa pengasuh ke muka pengadilan.

“Melihat kes Adam Rayqal dalam proses pembelaan menguatkan lagi semangat kami untuk berjuang bersama bukti yang ada.

“Saya juga berharap perjuangan kami akan membuka mata ibu bapa yang senasib supaya tidak putus asa berjuang mencari keadilan melalui saluran betul,” katanya yang mengupah peguam untuk membuat tuntutan sivil.

Sementara itu, seorang lagi bapa, Abu Nain Umar, 29, juga kebuntuan kerana kematian anak tunggalnya, Abu Zea Ophilea yang meninggal dunia pada awal Januari lalu ketika berusia tujuh bulan dikatakan masih tidak terbela.

Menurutnya, dia kini mendapatka­n khidmat nasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Kami berusaha melalui pelbagai saluran, namun usaha sia-sia saja

Julia

bagi memperjuan­gkan keadilan buat arwah anaknya.

“Saya tidak dapat bayangkan sampai sekarang apa sebenarnya yang terjadi kepada anak saya semasa jagaan pengasuh hingga bedah siasat menyatakan terdapat darah beku dan keretakan pada tempurung kepala anak saya.

“Apa yang mengecewak­an hati saya selepas sekian lama hanya keputusan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) dikeluarka­n pihak berkuasa, Jumaat lalu.

“Hati mana yang tidak sedih kerana selama ini kami ternanti-nanti agar keadilan berpihak kepada anak saya, namun rupanya kes ini senyap macam itu saja sedangkan ia membabitka­n nyawa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Ikhwan dan Julia melihat barangan milik Nur Aisy (gambar kecil) yang meninggal bawah jagaan pengasuh.
MOHD Ikhwan dan Julia melihat barangan milik Nur Aisy (gambar kecil) yang meninggal bawah jagaan pengasuh.
 ??  ?? ABU Nain menunjukka­n gambar arwah Abu Zea Ophilea.
ABU Nain menunjukka­n gambar arwah Abu Zea Ophilea.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia