Harian Metro

Buat rayuan buka semula kertas siasatan

-

Kuala Lumpur: Ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan berkaitan kes kematian anak atau bayi mereka ketika dalam jagaan pengasuh boleh mengemukak­an rayuan untuk membuka semula kertas siasatan.

Mengulas mengenai kes kematian bayi lima bulan Nur Aisy Mohd Ikhwan, April lalu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan dibuat pihak hospital dan bapa mangsa.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh dilakukan pegawai penyiasat dan hasil laporan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Hasil siasatan mendapati ada kesan hentakan objek tumpul di kepala mangsa. Kejadian dipercayai disebabkan mangsa terjatuh.

“Pegawai penyiasat juga menyerahka­n kertas siasatan kepada DPP,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya, pihaknya bagaimanap­un tidak ada sebarang halangan jika keluarga mangsa mahu membuat rayuan untuk membuka kes dan siasatan kali kedua dijalankan.

“Kalau keluarga mangsa mahu siasatan buka semula kami tiada masalah, namun perkara ini tertakluk kepada keputusan DPP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia