Harian Metro

Macam belajar dalam sauna

-

Port Dickson: “Ibarat belajar dalam sauna,” kata Khairul Haimi Kamaruzama­n, 44, mengenai keadaan murid Sekolah Rendah Agama Haji Awaludin, Teluk Kemang di sini, yang tidak dapat menggunaka­n kipas kerana sistem pendawaian dicuri.

Dia yang juga Ahli Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, keadaan berlarutan sejak enam bulan lalu dan paling teruk ketika musim panas, baru-baru ini, apabila murid dan guru tidak mempunyai pilihan belajar di tempat lain.

“Ini kali kedua kes serupa berlaku di sekolah ini selepas kejadian pertama berlaku tiga tahun lalu. Sistem pendawaian termasuk kabel dicuri ketika cuti Tahun Baru Cina lalu membabitka­n semua kelas di bangunan sekolah satu tingkat ini.

“Setiap hari murid termasuk anak saya sendiri mengadu tidak dapat belajar dengan selesa dan berpeluh dengan teruk terutama waktu tengah hari.

“Keadaan ini juga menjadi salah satu punca separuh daripada ibu bapa mengambil keputusan memindahka­n anak mereka ke sekolah lain, menyebabka­n bilangan murid ketika ini hanya 60 orang,” katanya.

Beliau berkata, pihak sekolah memohon bantuan Pejabat Menteri Besar beberapa bulan lalu, namun mereka bimbang kes itu terlepas pandang berikutan pertukaran kerajaan negeri yang baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau berharap, kerajaan negeri di bawah pentadbira­n Menteri Besar, Aminuddin Harun memberi perhatian terhadap masalah berkenaan dan membantu menyalurka­n peruntukan baik pulih sistem pendawaian elektrik dianggarka­n antara RM15,000 hingga RM20,000 itu.

Katanya, jika tiada mana-mana pihak membantu, PIBG dan guru bimbang sekolah itu terpaksa ditutup apabila lebih ramai ibu bapa mengambil keputusan memindahka­n anak mereka ke sekolah lain walaupun kedudukann­ya lebih jauh dari kawasan perumahan.

 ??  ?? KEADAAN murid yang terpaksa belajar di luar kelas Sekolah Rendah Agama Haji Awaludin.
KEADAAN murid yang terpaksa belajar di luar kelas Sekolah Rendah Agama Haji Awaludin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia