Harian Metro

Maut rempuh bas buat pusingan U

-

Lelaki pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggang­nya merempuh sebuah bas kilang yang membuat pusingan U di Jalan Perusahaan 1 Perai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.25 pagi, mangsa, Munawir Marzuki, 32, maut di tempat kejadian selepas cedera parah akibat rempuhan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebelum kejadian motosikal mangsa dan bas kilang dari arah Perai menghala Bukit Tengah.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bas yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun berhenti di bahu jalan bagi menurunkan penumpangn­ya.

“Sejurus selesai menurunkan penumpang, pemandu bas kemudian membuat pusingan U di hadapan kilang sebelum motosikal ditunggang mangsa yang datang dari belakang merempuh bahagian kanan bas.

“Penunggang motosikal maut di tempat kejadian sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

FAKTA Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat

 ??  ?? KEMALANGAN maut di Jalan Perusahaan 1 Perai.
KEMALANGAN maut di Jalan Perusahaan 1 Perai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia