Harian Metro

Muatan lori gagal lepasi plaza tol

-

Jitra: “Bunyi rempuhan sangat kuat, ketika itu saya nampak rumah tol sudah dirempuh lori, namun tak pasti nasib jurutol di dalamnya.

“Mujur tidak lama kemudian, jurutol keluar dalam keadaan selamat,” kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Johan, 30-an, yang menyaksika­n kemalangan di Plaza Tol Jitra di sini, petang kelmarin.

Johan berkata, ketika kemalangan, beliau berada selang dua rumah tol dan tiada kenderaan lain di kawasan berhampira­n.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, jurutol, Jamil Ahmad, 52, nyaris maut selepas sebuah lori membawa muatan traktor merempuh rumah tol paling kiri tempat dia bertugas.

Bagaimanap­un, mangsa bernasib baik tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata berdasarka­n siasatan awal, kemalangan berlaku apabila muatan lori berkenaan gagal melepasi lorong tol lalu merempuh rumah tol.

“Laporan polis sudah dibuat dan pemandu lori berusia 39 tahun itu turut tampil membantu siasatan.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Peraturan 19 LN 166/59 (muatan jatuh dari atas kenderaan),” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? KEADAAN rumah tol yang rosak dirempuh lori.
KEADAAN rumah tol yang rosak dirempuh lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia