Harian Metro

Drebar maut langgar lampu isyarat

-

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki melanggar lampu merah menyebabka­n kereta dipandunya dilanggar sebuah lori di persimpang­an lampu isyarat Jalan Maharajale­la menghala Masjid Negara, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi, mangsa, Lim Kok Beng, 43, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di seluruh badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori dipandu Harun Ansari Zakaria Ansari, 30, dari arah Cheras menghala Masjid Negara menuju ke Pasar Borong Selayang melanggar mangsa yang melanggar lampu merah di persimpang­an terbabit.

“Akibat perlanggar­an itu, mangsa terseret dan kereta dipandunya merempuh lampu isyarat yang berada di tengah pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentang­an menghala ke Cheras.

“Kemalangan itu mengakibat­kan mangsa cedera parah di seluruh badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang wanita yang bersama lelaki itu hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Zulkefly berkata, sampel darah mangsa sudah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui sama ada pemandu kereta terbabit di bawah pengaruh alkohol atau tidak.

“Siasatan lanjut berhubung kemalangan itu dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? KERETA dipandu Lim remuk di bahagian pemandu selepas dirempuh lori di persimpang­an lampu isyarat Jalan Maharajale­la menghala Masjid Negara, semalam.
KERETA dipandu Lim remuk di bahagian pemandu selepas dirempuh lori di persimpang­an lampu isyarat Jalan Maharajale­la menghala Masjid Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia