Harian Metro

Komited taja program Da’i untuk tahun ketiga

-

Muhammad Hafizhulla­h Ahmad (Kedah), Haziq Safwan Norzaman (Perak), Abdul Syahmi Asri Kamarudin (Pahang), Muhammad Syukri Wafi Mukhti (Kelantan), Noor Syazwani Zuriati Rohazey (Kedah) dan Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris Shah (Perak).

Maziah berkata, selain program keagamaan, Almas bersedia menaja program lain yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Namun ia mestilah memenuhi kriteria yang saya tetapkan selain memberi manfaat kepada penonton,” katanya.

Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam bersiaran setiap hari Jumaat mulai 20 Julai, jam 9 malam di TV3.

Figura terkenal, Datuk Rosyam Nor kekal sebagai pengacara dan bakal berganding­an dengan finalis musim kedua, Da’i Izzhar sebagai hos bersama.

Tugas juri pula disandang Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Profesor Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Da’i musim ini menampilka­n barisan pengetua dan tenaga pengajar baru iaitu Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh selaku mursyid, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebagai murabbi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia