Aizat bangga Tun M ‘ikut’ Instagram
“Saya harap dia tak ‘unfollow’ baliklah,” kata penyanyi Aizat Amdan yang bangga selepas menjadi artis pertama tempatan lelaki yang diikuti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Instagram.
Aizat, 29, berkata, perkara itu benar-benar di luar jangkaannya memandangkan dia sendiri tidak tahu sama ada Dr Mahathir seorang yang aktif di media sosial atau tidak.
“Saya terkedu. Memang sangat terkejut dan saya anggap ia satu penghormatan yang sangat besar selain bangga.
“Saya tidak sangka langsung akan mendapat perhatian daripada Perdana Menteri. Tentu sekali saya berbesar hati dan berharap suatu hari nanti akan dapat duduk bercakap dengannya secara dekat,” katanya.