Harian Metro

Simbah asid

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

 Pemandu kereta cedera badan, muka angkara dua lelaki bermotosik­al

Seorang lelaki cedera di bahagian belakang badan dan muka selepas disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenali di hadapan Menara Olympia, Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superinten­dan Rudy Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.35 petang.

“Keterangan saksi memaklumka­n ada dua lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 125 menyimbah asid terhadap mangsa yang menaiki kereta Audi melalui tingkap kenderaan itu di hadapan menara berkenaan.

“Mangsa yang berusia 40-an dikeluarka­n dari kenderaan itu dan dihantar ke Hospital Tong Shin oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Rudy berkata,

siasatan awal mendapati mangsa memandu bersendiri­an ketika kejadian itu.

“Difahamkan kedua-dua suspek terbabit memakai jaket dan helmet berwarna hitam.

“Kejadian itu menyebabka­n mangsa melecur 12 hingga 20 peratus di bahagian belakang badan dan muka. Bagaimanap­un, keadaan lelaki itu dilaporkan stabil dan akan dipindahka­n ke Hospital Prince Court untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan parah dengan sengaja menggunaka­n senjata atau lain-lain bahan berbahaya.

 ??  ?? RUDY
RUDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia