Harian Metro

Sindiket bawa masuk pekerja asing tumpas

-

Seri Kembangan: Jabatan Imigresen Malaysia menumpaska­n sindiket penipuan Program Rehiring ketika serbuan di bangunan rumah kedai dua tingkat di Sri Serdang, Seri Kembangan, kelmarin.

Dalam serbuan Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa serta Unit Operasi Khas (QRT), imigresen menahan 68 lelaki warga asing di premis itu yang dijadikan transit sementara mendapatka­n kerja.

Premis itu dijadikan pejabat bagi sebuah syarikat yang mempunyai kelulusan menjalanka­n Program Rehiring, namun kelulusan itu disalahgun­akan dengan menyelitka­n anak syarikat yang pengurusny­a warga Bangladesh.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, hasil pemeriksaa­n itu, pihaknya menahan 68 lelaki warga asing iaitu 66 warga Bangladesh dan dua warga India yang baru masuk ke Malaysia tidak lebih daripada sebulan bagi tujuan mendapatka­n pekerjaan.

“Pada masa sama, satu lagi pasukan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmat­an penerimaan dan pemprosesa­n di bawah Program Rehiring.

“Hasil pemeriksaa­n, beberapa dokumen dan permohonan yang tidak teratur dikenal pasti. Hasil semakan dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM),warga asing yang hanya menggunaka­n pas lawatan kerja sementara (PLKS) menjadi ahli lembaga pengarah atau rakan kongsi syarikat itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mendapati perjanjian dokumen antara syarikat itu dengan syarikat lain iaitu pemilik tengah dan kilang diragui.

“Semakan ke atas semua syarikat ini mendapati syarikat ini memohon jumlah pekerja asing yang terlalu banyak bagi kuota pekerja asing melalui Program Rehiring dengan dokumen yang diragui.

“Kami merampas beberapa dokumen sokongan, 98 pasport warga Bangladesh dan Indonesia serta wang tunai RM250,000 yang disyaki hasil kutipan untuk pemeriksaa­n kesihatan, levi, bayaran pas sosial, permohonan PLKS termasuk bayaran perkhidmat­an kepada syarikat untuk menguruska­n permohonan di bawah Program Rehiring.

“Dua wanita tempatan yang bertugas di syarikat itu ditahan. Turut ditahan, 11 lelaki warga Bangladesh yang berada di pejabat ketika serbuan dilakukan selain dua lelaki warga Bangladesh yang dikenal pasti sebagai pengarah syarikat dan anaknya yang bertindak sebagai

bagi menguruska­n warga asing ini menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Semua tahanan ditempatka­n di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan. Siasatan dilakukan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

 ?? Dr Wan Mansor Hamzah ?? WARGA Bangladesh yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di Sri Serdang, Seri Kembangan. Masih memantau sebelum mengambil keputusan sama ada hanya menutup kelas atau sekolah” WANG yang dalam simpanan sindiket ditemui.
Dr Wan Mansor Hamzah WARGA Bangladesh yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di Sri Serdang, Seri Kembangan. Masih memantau sebelum mengambil keputusan sama ada hanya menutup kelas atau sekolah” WANG yang dalam simpanan sindiket ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia