Harian Metro

Biar semua dapat merasa

-

Georgetown: Seorang peniaga sanggup menjual udang galah sepit biru dengan harga RM1 seekor untuk memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan berpendapa­tan rendah menikmati keenakanny­a.

Usaha murni itu dilakukan Firdaus Iskandar Shah, 34, memandangk­an harga makanan laut itu agak mahal yang mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Dia yang berniaga di sekitar kawasan Kampung Dodol, Jalan Perak, di sini, berkata, sambutan yang diterima amat menggalakk­an dan orang ramai sering menunggu kehadirann­ya di lokasi itu selang tiga hari setiap minggu.

“Berikutan harga pasaran yang melambung tinggi sehingga RM70 sekilogram, saya ingin mencipta kelainan dengan menawarkan udang galah bersaiz sederhana dengan harga RM1 seekor.

“Alhamdulil­lah, sambutan yang diterima sangat menggalakk­an dan secara purata kira-kira 3,000 ekor udang galah dapat dijual sehari,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Katanya, udang galah itu diperoleh dari kolam ternakan yang diusahakan sendiri keluargany­a di dua kawasan sekitar Baling, Kedah dan Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia memasarkan udang galah di beberapa kawasan termasuk Bandar Bayan Baru, Jalan Perak dan Bandar Perda di Seberang Jaya.

“Udang galah yang dijual popular kerana memiliki tekstur pejal dan rasa yang manis sama ada bersaiz kecil atau besar sekali gus menjadi rebutan penggemarn­ya,” katanya.

 ??  ?? FIRDAUS menunjukka­n udang galah sepit biru yang dijual serendah RM1 seekor kepada pelanggan di sekitar kawasan Kampung Dodol, Jalan Perak, Georgetown.
FIRDAUS menunjukka­n udang galah sepit biru yang dijual serendah RM1 seekor kepada pelanggan di sekitar kawasan Kampung Dodol, Jalan Perak, Georgetown.
 ??  ?? UDANG galah sepit biru yang
dijual Firdaus.
UDANG galah sepit biru yang dijual Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia