Harian Metro

Gelisah sebelum bunuh

-

Banting: Seorang guru kolej kemahiran di sini mendakwa suspek kelihatan gelisah sebelum membunuh pembantu tadbir wanita kolej itu.

Dia yang enggan dikenali berkata, lelaki itu kebiasaann­ya bersikap peramah dan kerap bersembang dengannya.

“Namun, ketika memasuki pejabat kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi (semalam), dia hanya menundukka­n kepala apabila saya bertanyaka­n di mana Pengarah (Pengarah Kolej) sambil menunjukka­n ke arah bilik.

“Dia dilihat seolah-olah memikirkan sesuatu yang mahu dilakukann­ya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa yang juga ketua kerani di kolej itu dianggap pekerja yang baik dan komited.

“Lelaki itu juga seorang yang ceria dan rajin meguru negur semua dan kami sememangny­a masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mayat mangsa, Zaimah Mahmod, 57, ditemui di stor pejabat kolej berkenaan akibat dicekik dan ditikam dengan pisau oleh suspek berusia 28 tahun yang juga rakan sekerjanya.

Usaha NSTP untuk menemu bual keluarga mangsa bagaimanap­un gagal.

Wanita yang berasal dari Terengganu itu adalah ibu tunggal dan bertugas di kolej berkenaan sejak 18 tahun lalu.

Lelaki itu seorang yang ceria dan rajin menegur semua guru dan kami sememangny­a masih terkejut dengan kejadian ini” Guru kolej

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia