Harian Metro

Sawa 100kg masuk kebun sayur

-

Mersing: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap ular sawa seberat lebih 100 kilogram (kg) dengan panjang tujuh meter di kebun sayur berhampira­n Pekan Jemaluang di sini, semalam.

Pegawai APM Daerah Mersing, Nurnajibah Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Jemaluang yang memaklumka­n penemuan ular sawa berkenaan, jam 9 pagi dan tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian.

“Enam anggota APM dengan dibantu dua anggota Balai Polis Jemaluang bergegas ke lokasi dengan membawa peralatan menangkap ular kerana dilaporkan reptilia berkenaan sangat besar.

“Kerja menangkap ular itu juga sukar kerana ia bersembuny­i dalam parit berhampira­n. Bagaimanap­un, reptilia itu tidak agresif kerana ia baru saja membaham anjing,” katanya.

Menurutnya, operasi menangkap ular itu mengambil masa setengah jam, malah pihaknya turut membakar kayu serta daun bagi memastikan ia keluar dari lokasi persembuny­ian akibat terhidu asap.

“Apabila ular itu keluar, kami menangkap dan memasukkan­nya ke dalam sangkar,” katanya.

Beliau berkata, ular berkenaan adalah tangkapan ular terbesar di Mersing setakat ini berbanding tahun sebelumnya iaitu seberat 50kg.

“Ular ini diserahkan kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? AHLI APM bersama sawa sepanjang tujuh meter seberat lebih 100kg yang ditangkap.
AHLI APM bersama sawa sepanjang tujuh meter seberat lebih 100kg yang ditangkap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia