Harian Metro

Kad sim percuma

-

 Tabung Haji sedia khidmat terbaharu di sembilan bangunan

Kaunter pendaftara­n kad sim prabayar adalah perkhidmat­an terbaharu disediakan pasukan petugas Tabung Haji (TH) yang kini sudah 80 peratus bersedia untuk menerima kehadiran jemaah haji Malaysia dengan kumpulan pertama dijadual tiba, Sabtu ini.

Pengarah Operasi TH di sini, Affandi Abdullah berkata, kemudahan itu disediakan pihaknya hasil kerjasama dengan sebuah syarikat telekomuni­kasi tempatan STC untuk memberi lebih keselesaan kepada jemaah haji Malaysia.

Menurutnya, kaunter jualan kad sim prabayar itu akan dibuka di sembilan bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di sini yang mampu memuatkan 9,661 orang pada satu masa.

“Kad sim STC ini akan dibekalkan secara percuma. Jemaah hanya perlu membuat pendaftara­n di kaunter dan membayar mengikut jumlah kredit di dalam kad sim atau mengikut jumlah kredit isian semula mereka.

“Untuk mendaftar, jemaah hanya perlu untuk membawa kad pengenalan diri haji dan tidak perlu membawa pasport. Dengan kemudahan ini jemaah tidak perlu lagi pergi ke premis syarikat telekomuni­kasi dan beratur panjang untuk membeli kad sim prabayar,” katanya dalam pertemuan dengan media Malaysia di Pejabat Operasi TH, semalam.

Affandi berkata, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 483 orang dijadualka­n tiba dengan pesawat Airbus A380 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di sini pada jam 10 pagi, Sabtu ini.

Menurutnya, pada tahun ini, 45 peratus daripada keseluruha­n 30,200 jemaah haji dari Malaysia akan masuk ke Madinah terlebih dulu sebelum bergerak ke Makkah untuk menyempurn­akan pelaksanaa­n ibadat haji.

“Jemaah akan berada di Madinah selama lapan hari sebelum berangkat ke Makkah. Untuk menguruska­n mereka, seramai 187 daripada keseluruha­n 600 petugas haji tahun ini ditempatka­n di Madinah,” katanya yang juga Naib Konsul ibu pejabat TH di Jeddah.

Beliau berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, kemudahan lain yang disediakan TH di bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di sini ialah rawatan kesihatan, kaunter pengeluara­n wang, maklumat ibadat, sesi kaunseling dan perkhidmat­an penghantar­an bagasi.

 ??  ?? AFFANDI (dua dari kanan) melihat petugas membuat persiapan bagi menguruska­n jemaah haji Malaysia di Pejabat Operasi TH Madinah.
AFFANDI (dua dari kanan) melihat petugas membuat persiapan bagi menguruska­n jemaah haji Malaysia di Pejabat Operasi TH Madinah.
 ??  ?? YUSOF (dua dari kanan) menunjukka­n kad UNHCR selepas sidang media di Pejabat RSM Kedah.
YUSOF (dua dari kanan) menunjukka­n kad UNHCR selepas sidang media di Pejabat RSM Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia