Harian Metro

PDRM sedia jawab isu serbuan kes 1MDB

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan menjawab di mahkamah terhadap tuduhan bahawa polis tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) berhubung serbuan dan rampasan barangan berkait siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya ada menerima afidavit daripada peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan bahawa pegawainya dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) melanggar SOP ketika menjalanka­n serbuan di beberapa premis di Pavilion Residences.

“Ya, memang pegawai kami di JSJK ada menerima afidavit daripada peguam Najib.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainy­a, namun kami akan memberi maklum balas berdasarka­n afidavit itu di mahkamah nanti,” katanya dalam sidang media Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Bukit Aman, semalam.

Sebelum ini, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahka­n bahawa polis menjalanka­n beberapa serbuan di tiga premis di Pavilion Residences pada 16 Mei dan 18 Mei lalu bagi mencari bukti siasatan 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia