Harian Metro

Musa Aman dalam senarai dikehendak­i polis

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahka­n bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman kini diletakkan dalam senarai dikehendak­i.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM sudahpun menyerahka­n notis merah kepada Interpol selain memaklumka­n pihak berkuasa United Kingdom mengenai Musa yang berada di negara berkenaan sejak 16 Mei lalu.

Katanya, buat masa ini tiada keperluan untuk menghantar pasukan bagi membawa pulang Musa yang kini disiasat atas satu laporan polis dibuat terhadapny­a.

“Buat masa ini, kami mengetahui pergerakan serta lokasi Musa di United Kingdom.

“Kami memaklumka­n pihak berkuasa United Kingdom bagi memantau Musa di sana,” katanya dalam media Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Bukit Aman, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, Musa dijangka pulang ke negara ini dalam waktu terdekat dan PDRM akan menahannya untuk siasatan berdasarka­n satu laporan polis dibuat terhadapny­a.

“PDRM percaya Musa pulang dalam waktu terdekat. Jadi, buat masa ini tiada keperluan untuk kami (PDRM) pergi ke sana untuk membawa beliau pulang,” katanya.

Sebelum ini, pada 26 Jun lalu, Musa mengesahka­n beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi.

Musa turut menyatakan meninggalk­an Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia