Harian Metro

Richard Malanjum Ketua Hakim Negara

Upacara angkat sumpah jawatan di Istana Negara malam tadi

- BERNAMA

Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Malanjum, 65, menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsan­a Kecil, Istana Negara, malam tadi.

Upacara pengurniaa­n watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantik­an Tun Md Raus Sharif yang mengemukak­an surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah dan memulakan persekolah­annya di peringkat rendah dan menengah di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di Jabatan Pelajaran dan kemudian beberapa jabatan kerajaan yang lain.

Pada 1972, beliau melanjutka­n pelajaran ke Institut Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA) di Shah Alam, Selangor, sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang dan dianugerah­kan Bachelor of Laws (LL.B)(Hons)(London) pada 1975.

Selepas memperoleh ijazah undang-undang, Malanjum berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

Malanjum melanjutka­n pelajaran di London dan menghabisk­an pengajian

Bar-at-Law pada tahun sama.

Beliau dipanggil ke The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn di London. Sekembalin­ya dari London, beliau berkhidmat semula di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Pegawai Undang-Undang/Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 1977, beliau diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Sabah dan diterima masuk ke The Australian Capitol Territory

(ACT) Bar pada 1991.

 ??  ?? SULTAN Muhammad V mengurniak­an Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Malanjum di Istana Negara, malam tadi.
SULTAN Muhammad V mengurniak­an Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Malanjum di Istana Negara, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia