Harian Metro

Rujuk mahkamah isu status UMNO

-

Majlis Tertinggi (MT) UMNO wajar mempertimb­angkan syor bagi mendapatka­n pengisytih­aran mahkamah untuk menentukan keputusan status parti itu diharamkan atau sebaliknya.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, dengan cara itu saja dapat mencari jalan penyelesai­an ketika UMNO yang kini sedang berhadapan dengan ketidakten­tuan.

Beliau berkata, sebenarnya, ahli UMNO keliru kerana mereka tidak faham kandungan dan maksud perlembaga­an UMNO yang membabitka­n soal teknikal, terutama memahami Akta ROS yang asing bagi mereka.

“Saya nak ulas pun takut kerana saya bukan faham sangat undang-undang.

“Sepatutnya, penasihat undang-undang UMNO memberi pandangan pro dan kontra sebelum MT (Majlis Tertinggi) mengemukak­an permohonan lanjutan kedua.

“Jika lanjutan kedua itu dibuat bercanggah dengan Fasal 9.3 Perlembaga­an UMNO dan kelulusan ROS (Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan) tidak menepati Seksyen 14, Akta ROS... maka kebarangka­lian UMNO parti haram sebagaiman­a dakwaan (Tan Sri) Rais (Yatim) itu mungkin betul,” katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan veteran

UMNO, Tan Sri Rais Yatim yang mendakwa penangguha­n kali kedua pemilihan UMNO, baru-baru ini, tidak sah.

Menurut Rais, ini kerana surat ROS itu dianggap tidak sah kecuali dibuat pindaan pada Seksyen 14, Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarka­n perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia