Harian Metro

Lantik peguam tuntut RM116.7 juta

-

Kuala Lumpur: UMNO melantik Tetuan Scivetti & Associates bagi menuntut dana politik atau wang berjumlah RM116.7 juta yang disita Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Unit Undang-Undang UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, pasukan peguam Ibu Pejabat UMNO itu akan diketuai Datuk Hariharan Tara Singh sebagai peguam utama.

Sehubungan itu, katanya, pasukan peguam UMNO berkenaan meneliti segala isu perundanga­n berkaitan tuntutan dana politik berkenaan.

“Pasukan peguam UMNO juga mempertimb­angkan antara lain prosedur dan cadangan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pihak berkaitan dalam menuntut dana politik itu.

“Kami akan membuat permohonan sewajarnya kepada agensi penguatkua­saan terbabit khususnya PDRM untuk mendapatka­n dan membekalka­n maklumat berkaitan untuk tindakan pihak kami selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azalina berkata, pasukan peguam UMNO berharap tiada mana-mana pihak membuat spekulasi yang tidak sewajarnya terhadap perkara berkenaan.

Pada 24 Mei lalu, UMNO meminta polis memulangka­n baki sumbangan kempen dan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dirampas pihak berkuasa terbabit.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO berkata, dana itu diperlukan dalam proses UMNO membina semula parti.

Katanya, baki sumbangan kempen dan dana parti dirampas polis ketika ia dalam proses dipindahka­n kepada kepemimpin­an baru UMNO selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Pada 28 Jun lalu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor, sehari selepas pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi

mengumumka­n agihan dana kepada UMNO negeri serta bahagian.

Dilaporkan, pembekuan akaun berkenaan kerana ada kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

 ??  ?? AZALINA
AZALINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia