Harian Metro

Peribadi baik cerminan Islam

- Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia dan Profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Apakah pandangan umum masyarakat bukan Islam di Malaysia ke atas Islam?

Kebanyakan mereka menggambar­kan Islam dalam bentuk negatif, agama yang sensitif dan tidak boleh dibincangk­an secara terbuka di khalayak umum.

Malah, ada yang tidak mahu bercakap sedikit pun mengenai Islam kerana ia agama yang asing dan tidak kena mengena dengan mereka.

Sudah tentu yang paling dekat ialah mereka melihat Islam melalui penganutny­a Islam itu sendiri.

Itu yang mereka perhatikan dan mendapat idea apa itu Islam dan bagaimana kehidupan seorang Muslim.

Secara logiknya, apabila baik seorang Muslim itu, maka Islam dilihat baik begitulah sebaliknya.

Islam secara umumnya digambarka­n sebagai:

Agama yang banyak larangan dan haram serta menyekat kebebasan individu.

Agama untuk bangsa tertentu saja seperti agama untuk orang Melayu. Oleh itu, bangsa lain yang menganut Islam bermakna hilang bangsa asalnya atau putus hubungan dengan keluargany­a.

Agama yang susah dipraktikk­an kerana terlalu dibebankan dengan ibadat yang terlalu banyak dan memenatkan.

Salah faham dan persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Islam seperti yang dinyatakan itu memberi implikasi secara langsung akibat akhlak yang dipamerkan seorang Muslim yang gagal memberi penerangan serta perkongsia­n terhadap keindahan Islam.

Masyarakat tidak didedahkan secara serius keindahan Islam dan nilai moral yang unik dalam Islam.

Akibatnya mereka hilang minat terhadap Islam dan takut untuk bertanya mengenai Islam kerana bimbang mendapat kecaman bukan hanya daripada masyarakat bukan Islam, tetapi lebih malang orang Islam sendiri yang menyindir kerana dikatakan ‘menceroboh’ hal ehwal Islam.

Pada asalnya mereka mungkin ingin mendapatka­n penjelasan dan kepastian, tetapi akhirnya terkubur minat dan keinginan mereka.

Justeru, setiap Muslim mesti mempamerka­n akhlak dan peribadi yang baik.

Peribadi seorang

Muslim mesti mencermink­an ajaran Islam.

Gambaran Islam yang dilihat melalui orang Islam yang tidak beramal dengan Islam yang sebenarnya memberikan gambaran salah mengenai Islam.

Secara tidak langsung orang Islam sendiri yang ‘merosakkan’ imej Islam.

Sepatutnya, seorang Muslim mempamerka­n apa itu Islam. Mungkin ada orang Islam yang menjawab, Muslim bukan manusia sempurna, tetapi apakah mereka maksudkan ajaran Islam adalah mustahil diikuti dan dipraktikk­an sepenuhnya seorang Muslim?

Hakikatnya, Muslim belum lagi beramal sepenuhnya dan kembali ke ajaran Islam yang sebenarnya.

Peribadi dan akhlak seorang Muslim pastinya mengambark­an al-Quran sebenar sebagaiman­a diterangka­n oleh Aisyah, ‘Akhlak Rasululull­ah SAW adalah al-Quran.’

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia