Harian Metro

DICEMUH KERANA BERTATU

-

Memiliki tatu terutama dalam kalangan wanita adalah perkara yang masih belum dapat diterima sesetengah masyarakat.

Malang buat anggota Brown Eyed Girls iaitu Narsha apabila menjadi mangsa cemuhan ramai akibat memiliki tatu. Ramai nampaknya tidak menyukai dan mengutuk tatunya yang buruk.

Penyanyi berkenaan mendedahka­n tatunya itu sewaktu melakukan sesi fotografi pakaian renang, baru-baru ini. Ternyata ia mengundang padah buatnya terutama dalam kalangan rakyat Korea Selatan.

Di sana ramai yang masih prejudis terhadap golongan bertatu.

Narsha terbabit dalam sesi fotografi itu selepas mengikuti program Obesity - Happy Reduction Life anjuran JTBC’s War di mana dia berjaya melakukan diet dengan berkesan.

Bagaimanap­un, selepas foto itu dikongsi sambil meraikan penurunan berat badannya, ramai mula bercakap mengenai tatu di perutnya yang disifatkan hodoh serta lapuk.

Memiliki tatu di

Korea Selatan memberi tanggapan yang sangat negatif. Malah, ramai selebriti dikaitkan dengan aktiviti kongsi gelap garagara memiliki tatu.

Disebabkan tatu masih dianggap badi, namun ramai artis negara itu masih berani memiliki tatu yang kecil dan ringkas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia