Harian Metro

SERIUS SELEPAS SUKA-SUKA

-

“Bermula daripada sekadar suka-suka, ia menjadi serius selepas dicabar namun saya tidak sangka boleh pergi jauh dalam bidang permainan komputer,” katanya ketika ditemui IT@Metro selepas majlis yang menyaksika­n AirAsia menaja acara World Electronic Sports Games (WESG) di

ASEAN sebagai syarikat penerbanga­n rasmi.

WESG, kejohanan sukan elektronik antarabang­sa dianjurkan Alisports iaitu cabang syarikat Alibaba Group.

Sebagai penaja utama, jenama AirAsia akan disepaduka­n dalam platform digital dan acara kejohanan WESG di negara ASEAN.

Lebih menarik,

AirAsia mempunyai kelab e-sukannya tersendiri melalui AirAsia Allstars Esports Club yang disertai Ashley.

“AirAsia adalah pekerjaan pertama saya, namun saya tidak sangka mampu melakukan aktiviti begini selepas waktu kerja.

“Kami akan berkumpul sama ada di ruang kelab atau di rumah masingmasi­ng dan membuka PC kemudian bermulalah aktiviti pertarunga­n,” katanya tersenyum apabila ditanya mengenai aktiviti selepas waktu kerja.

Katanya, sekurangku­rangnya dua jam sehari selepas waktu kerja dihabiskan untuk bermain game ini setiap hari.

“Saya seimbangka­n masa kerja dan aktiviti bagi membolehka­n kehidupan ini lebih ceria.

“Malah, ia masa untuk mengenali staf lain yang turut mempunyai hobi yang sama,” katanya.

Sejak menyertai kelab ini tahun lalu, Ashley sudah menyertai dua pertanding­an game utama namun pencapaian terbaiknya masih ditagih.

“Saya pernah mara ke suku akhir namun saya perlu bekerja keras jika mahu menang dan melangkah lebih baik dalam e-sukan,” katanya.

Penyertaan AirAsia dalam e-sukan menyaksika­n syarikat penerbanga­n itu berpeluang untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an sampingann­ya pada acara terbabit seperti kedai online, ejen penjualan tiket dan lainlain.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, dari segi peminat e-sukan, ASEAN adalah salah satu rantau yang berkembang pesat di dunia dengan

9.3 juta peminat dan jumlah ini dijangka bertambah 36.1 peratus pada setiap tahun hingga 2019.

“Sebagai sebuah syarikat digital yang inovatif, kami berbesar hati menjadi penaja utama dan berharap untuk menyumbang kepada e-sukan dengan menyokong atlet e-sukan profesiona­l di ASEAN bersaing di kejohanan global.

“Kami juga percaya penajaan ini akan meletakkan kami di barisan hadapan sebagai penyumbang kepada perkembang­an e-sukan di ASEAN,” katanya.

Presiden Kelab AirAsia Allstars

Esport, Allan Phang berkata pada Januari, ia memulakan pembabitan dalam e-sukan sebagai penaja dan rakan kongsi penerbanga­n eksklusif Mineski Pro Team.

“Dua bulan kemudian, kami menjadi pemilik majoriti Team Saiyan, antara satu pasukan profesiona­l peringkat tertinggi dalam e-sukan dan menjenamak­annya semula kepada AirAsia Saiyan.

“Hari ini, kami bangga kerana dapat membawa WESG ke ASEAN dan terus menyokong bakat e-sukan di rantau ini,” katanya.

 ??  ?? AIRASIA Allstars Esports Club.
AIRASIA Allstars Esports Club.
 ??  ?? ASHLEY jatuh cinta dengan
e-sukan.
ASHLEY jatuh cinta dengan e-sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia