Harian Metro

Ringan, kalis air

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Jam pintar Fitbit Versa boleh

dipakai ketika berenang

Mahu membeli jam pintar, anda boleh cuba Fitbit Versa seperti yang diuji penulis.

Peranti boleh pakai (wearable) kecergasan semakin berlambak di pasaran yang memenuhi keperluan peribadi. Ini bermakna gajet terbabit berupaya menjadi pemantau kesihatan dengan sensor yang lebih peka.

Namun penguji menggemari jenama

Fitbit dan jika sebelum ini Ionic menjadi pilihan, tiba masanya Fitbit Versa pula yang juga jam pintar hampir sama dengan model sebelum ini cuma rekaannya berbeza.

Nasib baik penguji menjumpai Fitbit Versa iaitu model ketiga dengan perbezaan pengesan lebih baik, tetapi tidak hadir dengan GPS dan bateri tahan lama menjangkau seminggu pada penggunaan aktif ketika digunakan.

Fitbit Versa sangat ringan dan akhirnya ia juga sah boleh dibawa masuk ke dalam kolam renang dengan IP68 memandangk­an model Blaze sebelum ini dilengkapi kemudahan kalis air, namun hanya sesuai untuk peluh atau hujan.

Lebih menarik, terdapat fungsi mengesan jumlah renangan, durasi dan kalori dibakar ketika berenang.

Disebabkan ia tidak mempunyai GPS, anda perlu menggunaka­n fon sendiri untuk log lokasi dan memantau pergerakan.

Antara ciri yang penguji gemar dalam Fitbit Versa baru ini termasuk pengesan degupan jantungnya yang meluas merangkumi teknologi Fitbit PurePulse yang membantu anda membuat keputusan lebih baik mengenai kesihatan.

Misalnya jumlah kalori yang dibakar dinyatakan di skrin menunjukka­n jumlahnya dalam sehari dan menariknya jika kita memasukkan (menggunaka­n aplikasi) jenis makanan, anda boleh memantau pemakanan seharian.

Sudah pasti, ia sesuai untuk individu yang ingin kurus atau gigih berusaha bagi memastikan tahap kesihatan memuaskan.

Antaramuka workout pun lebih jelas berbanding Blaze.

Lebih menarik, ia mempunyai pengesan tidur yang memantau jumlah masa tidur dan tahap tidur anda.

Sudah beberapa kali penguji memperoleh nasihat untuk menukar tempoh tidur untuk jumlah lebih lama bagi memastikan jantung sihat dan ia sangat membantu terutama ketika berada dalam keadaan sibuk akibat kerja.

Selain itu, ia juga akan mengejutka­n anda sekiranya tidur keterlalua­n. Menarik kan?

Namun rekaannya bukanlah kecil, jadi mungkin kurang selesa membawanya bersama di bilik tidur.

Ia mempunyai paparan OLED dengan lima baris memanjang yang memudahkan anda memahami notifikasi, tetapi aplikasi pada telefon iOS atau Android anda lebih membantu untuk mendapatka­n maklumat lebih lanjut.

Sekali guna pada keadaan yang sangat aktif masih memungkink­an anda memakainya selama enam hari tanpa henti meskipun menurut Fitbit, ia boleh bertahan selama lima hari.





 



Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia