Harian Metro

Pindah data iOS ke Android

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Menjadi kebiasaan kepada kita untuk mencuba sesuatu yang baru termasuk telefon. Bagi pengguna iPhone, mungkin sukar untuk berubah dari satu sistem operasi (OS) ke OS yang lain.

Misalnya, Android ke iOS dan sebaliknya juga.

IT@Metro akan fokus kepada penukaran daripada iOS ke Android, jadi anda boleh ikut langkah mudah ini.

Pindah turun Google Drive dalam iOS sekarang.

Masukkan e-mel Gmail sedia ada atau cipta akaun baru Gmail.

Lebih baik cipta e-mel baru, jadi anda terus memperoleh storan 15GB dan kapasitiny­a kosong untuk memuatkan pelbagai perkara.

Selepas habis pindah turun aplikasi Google Drive, sila buka ikon backup pada Menu Settings Backup. Pilih kandungan mana yang anda mahu backup dan tekan saja ikon Start Backup.

Lebih baik gunakan WiFi kerana ia mungkin mengambil masa berjam-jam.

Pastikan bateri cukup

Apa yang anda boleh pindah hanyalah nombor hubungan, gambar, video dan kalendar namun bukan aplikasi.

Anda boleh dapatkan semula data aplikasi sekiranya anda log pada aplikasi itu sendiri kerana ia bukannya membabitka­n OS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia