Harian Metro

Aplikasi wajib ketika mengembara

-

Bagaimana untuk menjimatka­n wang ringgit ketika mengembara ke negara orang? Biasanya anda memang mengunjung­i lokasi tumpuan yang memerlukan perbelanja­an.

Kini tiba masanya anda memindah turun aplikasi Klook.

Klook menjadi satusatuny­a platform yang diperlukan pelancong Malaysia untuk meneroka, merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman bukan saja di destinasi luar negara juga di Malaysia.

Diasaskan di Hong Kong pada 2014, Klook mula beroperasi di Malaysia sejak November tahun lalu.

Dalam masa hanya beberapa saat, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih 40,000 pilihan tempahan aktiviti serta perkhidmat­an daripada lebih 200 destinasi di seluruh dunia.

Aktiviti yang dimaksudka­n termasuk acara tarikan & pertunjuka­n, aktiviti & pengalaman, lawatan & melancong makan angin, makanan & restoran serta logistik pengangkut­an tempatan dan sambungan WiFi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia