Harian Metro

Jejas KESIHATAN

-

DARI MUKA 53

Dalam dunia serba pantas ini, tekanan dalam kerja, tuntutan hidup dan pelbagai komitmen sampingan lain boleh memberi tekanan besar kepada sesiapa saja. Berikutan itu, ramai yang tidak sedar mereka mengambil jalan salah untuk menenangka­n diri.

Melepak di kedai mamak untuk secawan teh tarik, menikmati makanan manis dan berlemak sebagai ‘terapi’ diri, merokok, meneguk alkohol atau tidur berlebihan, semua ini mengundang risiko penyakit. Tambahan kita kini terdedah kepada pencemaran, setiap individu sepatutnya lebih prihatin kepada kesejahter­aan diri dan keluarga.

Di Malaysia, kebanyakan kita mempunyai akses mudah untuk mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan. Bagi yang mampu, mereka boleh memilih mana-mana pusat perubatan berbayar untuk rawatan serta layanan yang lebih selesa.

Begitupun, rawatan ubat-ubatan saja mungkin tidak mencukupi terutama dalam membantu penghidap penyakit kronik mendapatka­n kehidupan lebih berkualiti.

Bagi pesakit kanser, rawatan radioterap­i biasanya mendatangk­an kesan sampingan.

Radiasi mengion boleh menyebabka­n perubahan kepada struktur sel, sekali gus mengganggu fungsi serta merosakkan sel berkaitan. Mahu atau tidak, kedua-dua sel kanser dan normal di kawasan rawatan yang terdedah kepada radiasi akan melalui perubahan ini.

Begitu juga dengan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang atau penyakit kronik lain. Pastinya mereka mengharung­i kehidupan yang sukar, menikmati kualiti hidup yang rendah dan kurang memuaskan disebabkan kekangan untuk melakukan aktiviti harian mereka.

Perubahan ini berlaku disebabkan penyakit dan rawatan yang perlu dijalani. Mereka akan mula berasa perbezaan dari sudut emosi, fizikal, sosial serta sosio-ekonomi. Kesan terbesar bagaimanap­un dapat dilihat dalam perubahan gaya dan kualiti hidup pesakit.

Inilah antara sebab mengapa perlunya terapi khusus untuk membantu mengembali­kan semua keceriaan hidup pesakit. Orang berkemampu­an biasanya melihat terapi khusus sebagai keperluan kepada pesakit. Tetapi lain pula halnya dengan mereka yang berpendapa­tan rendah. Mereka terpaksa meletakkan 100 peratus keyakinan terhadap rawatan di hospital dan menelan setiap kepahitan yang dirasai sendiri. Sedangkan situasi beginilah yang boleh memudaratk­an lagi diri pesakit.

Membilang harapan ramai pesakit yang kurang berkemampu­an, Yayasan Compassion­ate Care mengambil inisiatif menawarkan khidmat terapi hidrogen Hi-Bliss untuk membantu golongan berkenaan berdepan penyakit kritikal dihidapi.

Yayasan ditubuhkan dua wanita iaitu Daena Chan bersama Jayse Ong itu memfokuska­n kepada tawaran khidmat kesihatan tertumpu buat pesakit, alahan kulit dan luka terbuka serta mereka yang mahu memulihkan fungsi organ untuk melawan penyakit atau membina kembali sistem tubuh.

Menurut Daena, sejak awal penubuhan yayasan berkenaan pada Julai 2017, pihaknya begitu komited untuk menyumbang khidmat dan berbakti kepada masyarakat memerlukan, dalam apa saja cara yang dirasakan mampu.

“Kita mahu menjadi organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang pertama di Malaysia memberikan rawatan atau terapi molekul hidrogen untuk pesakit kronik yang kurang berkemampu­an.

Ini termasuk mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, kencing manis, kesan sampingan radioterap­i, penghidap penyakit kulit atau mempunyai luka terbuka. Kita mahu golongan ini kembali sihat dan aktif.” katanya.

TERAPI MOLEKUL HIDROGEN

Ditanya bagaimana kaedah sebenar terapi dijalankan, Daena menjelaska­n, molekul hidrogen secara saintifik terbukti memiliki antioksida­n tinggi dan mempunyai ciri antiradang.

“Ia adalah molekul terkecil di dunia dan paling mudah diserap ke dalam sel tubuh untuk meneutralk­an radikal bebas yang bertoksik. Sel sihat inilah yang menjadi asas kepada organ sihat, sekali gus membolehka­n sistem badan berfungsi secara optimum.

“Selain kandungan antioksida dan sifat antiradang, molekul ini juga berupaya membantu merangsang peredaran darah, menggalakk­an detoksifik­asi, meningkatk­an penghasila­n tenaga, mengurangk­an keletihan, mengembali­kan fungsi organ dan meningkatk­an sistem imun.

“Perlu diketahui bahawa terapi ini adalah usaha alternatif untuk membantu pesakit menjalani kehidupan lebih berkualiti, berkeyakin­an serta mengembali­kan fungsi tubuh. Ia hanya menggunaka­n semburan gas hidrogen yang dihuraikan daripada air (H2O) menerusi mesin khas ke bahagian tubuh tertentu. Tiada jarum, suntikan atau ubat-ubatan. Jadi, pesakit tidak perlu bimbang,” katanya.

Jelas Daena, keberkesan­an molekul hidrogen dalam memerangi penyakit utama dibuktikan lebih 900 kajian saintifik dari negara Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, Korea dan China.

“Apapun, kita percaya bahawa setiap orang berhak menjalani kehidupan sihat dan berkualiti sama seperti golongan berkemampu­an. Justeru, kami memilih terapi molekul hidrogen untuk membantu mereka yang layak.

“Kami juga bangga apabila inisiatif ini disambut baik Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye. Malah, beliau juga bersetuju untuk menjadi penasihat yayasan ini.

“Paling utama, kami berharap sumbangan terapi percuma kepada individu terpilih ini nanti dalam memberi sinar kehidupan yang lebih baik kepada penerima,” katanya.

Pusat Yayasan Compassion­ate Care kini dibuka di Menara TH Uptown, Damansara Utama. Waris atau pesakit yang memerlukan khidmat terapi boleh mendaftar untuk proses saringan.

Terapi molekul hidrogen bantu rawat penyakit

 ??  ?? TAN Sri Lee Lam Thye ketika perasmian Yayasan Compassion­ate Care, baru-baru ini.
TAN Sri Lee Lam Thye ketika perasmian Yayasan Compassion­ate Care, baru-baru ini.
 ??  ?? MESIN yang menghuraik­an gas hidrogen daripada air (H2O).
MESIN yang menghuraik­an gas hidrogen daripada air (H2O).
 ??  ?? DAENA Chan
DAENA Chan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia