Harian Metro

Tangani ARTERI tersumbat

-

Dalam pada itu, Pengurus Besar dan

Ketua Serantau Bahagian Aesculap Asia Pacific B Braun Medical Industries, Pallraj Armugum berkata, pihaknya turut berbesar hati bekerja dengan IJN dan memperkena­lkan teknologi berkenaan kepada pesakit arteri periferi di Malaysia.

“Menerusi sistem baru ini, pakar perubatan mempunyai pilihan rawatan utama berteknolo­gi bagi pesakit, terutamany­a bagi mereka yang mengalami kondisi kompleks di kaki. Paling utama, ia memberi peluang pemulihan lebih baik dan kehidupan yang berkualiti kepada pesakit,” katanya.

Sehingga kini, intervensi periferi vaskular menjadi pilihan teknik rawatan utama bagi pesakit penyakit arteri periferi dengan sumbatan di pembuluh darah utama pada kaki.

Dikenali sebagai teknik rawatan bukan invasif, intervensi periferi vaskular berfungsi memecahkan plak serta mengembali­kan peredaran darah di arteri yang terjejas tanpa perlunya pembedahan.

IJN perkenal rawatan Vascuflex Multi-LOC pertama di Asia kepada pesakit

 ??  ?? (Dari kiri) Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, Dr Mohd Azhari, Dr Shaiful Azmi, Pallraj Armugum, Dr Ralf Langhoff dan
Dr Kumara ketika memperkena­lkan sistem Vascuflex Multi-LOC.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, Dr Mohd Azhari, Dr Shaiful Azmi, Pallraj Armugum, Dr Ralf Langhoff dan Dr Kumara ketika memperkena­lkan sistem Vascuflex Multi-LOC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia