UBAT RINDU PEMINAT
Kemunculan penyanyi Siti Sarah Raisuddin di pentas Siti Sarah Special Showcase yang berlangsung Sabtu lalu sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat yang menantikan acara itu sejak sekian lama.
Membuka pentas dengan lagu Jangan
Kau Mimpi, Sarah yang menggayakan busana rona merah menghangatkan acara, sekali gus membuatkan penonton yang membanjiri Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) bersorak keriangan.
Sarah seterusnya menghiburkan penonton dengan lagu-lagu yang pernah dipersembahkan dalam program Gegar Vaganza, tahun lalu.
Empat lagu medley itu adalah Teratai Layu di Tasik Madu, Joget Sayang Disayang, Bunga Angkasa dan Senggol Senggolan.
Tentunya, kehadirannya tidak akan lengkap sekiranya penyanyi bersuara lunak itu tidak menyampaikan lagu-lagu popularnya.
Jadi, pada segmen ketiga dia mempersembahkan medley lagu popular yang mengangkat namanya iaitu Saat Hilang
Cintamu, Bersamamu, Ke Hujung Dunia dan Ku Teruskan.
Sarah kemudian meneruskan acara dengan mengalungkan lagu Pohon Asmara yang dipopularkan Jaclyn Victor.
Sekali lagi, dia mengejutkan penonton dengan dendangan lagu berjudul Tinggalkan Dirimu yang juga dipilih khas ramai peminat setianya.
Tidak sendiri, Sarah juga turut ditemani suaminya, Shuib ketika menyampaikan lagu duet Kejoraku Bersatu.
Selain suami, pentas Siti Sarah
Special Showcase juga dihangatkan dengan kemunculan rakan artis, Mark Adam yang menyampaikan lagu duet Sandarkan Pada Kenangan serta Dafi