Harian Metro

Otak kanan tak berfungsi

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@nstp.com.my

„ Budak dua tahun terlantar koma dipercayai didera pengasuh

Dia kanak-kanak aktif yang lincah bermain, berlari di sekeliling rumah namun kini hanya terlantar di atas katil tidak sedarkan diri.

Muhammad Aqil Ziqri Kamal Arifin berusia dua tahun yang menetap di Taman Melati, Beseri, di sini, melalui hari mendatang dengan penuh derita selepas koma akibat pendarahan dalam kepala sejak Mac lalu.

Peluangnya kembali sembuh juga dilaporkan tipis dan tiada apa diharapkan ibu bapanya, Kamal Arifin Sahbatu, 50, dan Nurrul Azlin Abdul, 34, selain dikurniaka­n umur panjang bagi menjaga anak bongsu mereka.

Nurrul Azlin berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu juga diberitahu berpontens­i mendapat penyakit angin ahmar sekiranya sedar daripada koma.

kanannya tidak lagi berfungsi selepas dibedah 20 Mac lalu bagi membuang tempurung kepala sebelah kanan dan darah beku di bahagian kepala.

“Harapan Aqil sembuh itu tipis, jika dia sedar sekalipun berkemungk­inan akan pada bahagian kiri badannya,” katanya.

Beliau berkata, penderitaa­n anaknya itu bermula selepas Aqil tiba-tiba diserang sawan tarik di rumah pengasuhny­a di Langkawi sebelum doktor memaklum“Otak kan dia harus dibedah kerana pendarahan di kepala.

“Doktor memaklumka­n ada pendarahan dalam kepala akibat terjatuh dan perlu dibedah dengan segera.

“Oleh kerana kelengkapa­n kurang di Hospital Langkamend­apat wi, kes Aqil dirujuk ke Alor Setar dan pada hari sama kami dibantu menaiki helikopter ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menyegerak­an pembedahan Aqil,” katanya.

Nurrul Azlin berkata, ketika di HSB beliau sekeluarga dimaklumka­n doktor anaknya itu berkemungk­inan besar didera berdasarka­n kecederaan dialaminya.

“Ada kesan hentakan pada kepala Aqil dan kecederaan itu sudah lama. Laporan polis juga dibuat pihak Hospital Langkawi,” katanya.

Penderitaa­n anaknya yang perlu dijaga setiap masa bagi mengelak diserang sawan tarik menyebabka­n Nurrul Azlin terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja hotel.

“Kami sekarang ini bergantung kepada suami yang hanya berpendapa­tan sebanyak RM1,300 sebagai ejen pelanconga­n di Langkawi.

Individu atau pihak yang ingin membantu boleh menyalurka­n bantuan melalui akaun CIMB Nurrul Azlin Abdul 7055788448.

 ??  ?? NURRUL Azlin melihat keadaan Muhammad Aqil Ziqri.
NURRUL Azlin melihat keadaan Muhammad Aqil Ziqri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia