Harian Metro

‘Doakan Raisha cepat sembuh’

-

Bintangor: “Doakan Raisha, mudah-mudahan cepat sembuh,” kata Nor Hidayah Lan, 23, ibu kepada Dayang Raisha Rania Awang Zaidi, kanak-kanak perempuan berusia 17 bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang.

Nor Hidayah memberitah­u NSTP, anak sulungnya itu disahkan mengidap penyakit kritikal itu oleh doktor selepas 20 hari dilahirkan.

“Walaupun disahkan jantung berlubang Raisha tetap aktif seperti kanak-kanak lain. Namun menyedihka­n apabila melihatnya yang masih kecil terpaksa mengambil dua ubat setiap hari,” katanya.

Menurutnya, beliau bersama suami, Awang Zaidi Madian, 25, sehingga kini tidak mengetahui kos rawatan sebenar untuk mengubati anak kesayangan mereka.

Bagaimanap­un, katanya, ketika ini, mereka terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke Hospital Sibu bagi

menjalani pemeriksaa­n kesihatan. “Raisha mesti diperiksa dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Pada 7 Ogos nanti, Raisha sekali lagi akan berjumpa doktor pakar sebelum dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Justeru, saya harap orang ramai mendoakan Raisha sembuh supaya dia boleh membesar seperti kanak-kanak normal yang lain,” katanya yang bekerja sebagai tukang masak.

Nor Hidayah berkata, mereka sehingga kini hanya memperoleh sumbangan berjumlah lebih RM1,000 selepas menghantar permohonan bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Meradong, Qalam Iko, berkata pihaknya bersedia membantu bagi memastikan urusan rawatan kanak-kanak itu berjalan lancar.

Pada masa sama, katanya, Saberkas juga mengadakan kutipan ihsan bagi membantu meringanka­n beban keluarga itu.

 ??  ?? QALAM (kanan) melawat Dayang Raisha di rumahnya di Kampung Lot 1 Malaysia, Bintangor.
QALAM (kanan) melawat Dayang Raisha di rumahnya di Kampung Lot 1 Malaysia, Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia