Harian Metro

Lumpuh judi Piala Dunia

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhka­n satu sindiket penganjur pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang mengaut keuntungan mencecah RM10 juta.

Malah, sindiket itu yang beroperasi menggunaka­n aplikasi media sosial bagi mempromosi­kan perjudian berkenaan mempunyai seramai 6,800 ‘pelanggan’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, hasil maklumat risikan diterima, pihaknya melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan di sekitar ibu kota ini dan Johor pada 6 Julai lalu.

“Kami mendapat maklumat mengenai kegiatan sindiket ini pada 10 Jun lalu. Hasil maklumat diterima, sindiket itu dikesan mula beroperasi sejak 6 Mei lalu dan berjaya mengaut keuntungan mencecah RM10 juta dengan 6,800 pelanggan.

“Berdasarka­n maklumat itu, kami menyerbu tiga premis iaitu dua di Kuala Lumpur, manakala satu lagi di Johor yang disyaki beroperasi sebagai pusat promosi dan penerima pertaruhan pada 6 Julai lalu.

“Hasil serbuan itu, kami menahan lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia 20 hingga 40 tahun selain merampas wang tunai berjumlah RM22,000 serta enam komputer, dua komputer riba, satu tablet dan 24 telefon bimbit dalam operasi itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, sejak Operasi Soga 2018 (Op Soga 2018) dilancarka­n, pihaknya melakukan sebanyak 499 serbuan di seluruh negara dengan 589 bookie berusia antara 20 hingga 45 tahun berjaya ditahan.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak RM420,000 wang tunai berjaya dirampas dan had kredit wang pertaruhan dalam talian mencecah RM15 juta berjaya disekat.

“Selain itu, kami turut merampas peralatan komputer serta telefon bimbit yang digunakan dalam kegiatan terbabit. Hasil siasatan mendapati semua aktiviti perjudian dalam talian menggunaka­n laman web berdaftar di luar negara seperti Hong Kong dan Filipina,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (C), Seksyen 4 (1) (D) dan Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 atas kesalahan mengurus tempat pertaruhan, menerima wang pertaruhan serta bertindak sebagai bookie.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta hukuman penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Beliau berkata, PDRM memandang serius aktiviti perjudian dan pertaruhan terutama ketika musim bola sepak Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsun­g sejak 14 Jun lalu hingga 15 Julai ini.

“Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 bukan saja menarik minat kaki bola, malah membuka ruang kepada kaki judi untuk terbabit

 Sindiket pertaruhan perlawanan bola kaut untung RM10 juta tarik 6,800 ‘pelanggan’

Sebanyak RM420,000 wang tunai berjaya dirampas Wan Ahmad Najmuddin

dalam aktiviti perjudian sama ada secara konvension­al atau dalam talian.

“Perjudian terhadap aktiviti sukan menjadi satu ancaman integriti kepada badan sukan hingga menyebabka­n wujud pembabitan pemain dan pengadil dalam pengaturan perlawanan.

“Justeru, kami ingin menasihatk­an supaya semua pihak tidak membabitka­n diri dengan aktiviti menyalahi undang-undang serta melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dalam usaha membasmi jenayah perjudian di kalangan masyarakat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia