Harian Metro

Guru tahfiz ditahan buat seks oral

-

Seorang guru tahfiz ditahan selepas disyaki melakukan seks oral terhadap pelajar lelaki di sebuah sebuah sekolah tahfiz di Hulu Kelang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 14 tahun itu membuat laporan polis yang mendakwa guru terbabit berusia 21 tahun melakukan seks oral terhadapny­a sejak Mei lalu.

“Kejadian itu berlaku sejak Mei lalu di sekolah tahfiz berkenaan. Guru terbabit meminta untuk melakukan seks oral terhadap mangsa, namun ditolak pelajar berkenaan.

“Bagaimanap­un, mangsa kemudian membenarka­n guru berkenaan melakukan seks oral terhadapny­a secara rela kerana tidak mahu suspek berkecil hati.

“Perbuatan itu sudah berlaku lima kali sejak Mei lalu,” katanya.

Hamzah berkata, mangsa menceritak­an kejadian itu kepada ahli keluargany­a di Johor apabila pulang ke kampung pada 26 Jun lalu.

“Mangsa memaklumka­n dia takut kembali ke sekolah tahfiz berkenaan berikutan kejadian itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia