Harian Metro

Harap bakti jadi penyambung nyawa

-

Kuala Lumpur: “Saya menderma darah sejak tahun 1981 lagi dan berharap bakti tidak seberapa ini dapat menjadi penyambung nyawa mereka memerlukan,” kata Sarjan Mejar Mohd Zaini Ahmad.

Anggota polis di Bahagian Audit Dalam Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) itu antara warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) paling banyak menderma darah kepada Pusat Darah Negara.

Sehingga kini, Mohd Zaini sudah menderma darah sebanyak 260 kali dan mengakui ia sudah menjadi sebahagian rutin kehidupann­ya biarpun sibuk dengan tugas sebagai warga PDRM.

Berkongsi kisah bagaimana derma darah sudah menjadi rutin kehidupann­ya, Mohd Zaini berkata, ia bermula apabila seorang pegawai kerap menasihati­nya serta rakan lain menderma darah berikutan pada ketika itu, Pusat Darah Negara kesuntukan bekalan darah.

“Pada waktu itu tahun 1981, saya baru masuk perkhidmat­an polis dan ada seorang pegawai ini, dia kerap menasihati saya dan rakan lain untuk menderma darah kerana kurangnya penyumbang darah di negara ini.

“Atas nasihatnya itu, saya mula kerap menderma darah sebelum melakukann­ya secara konsisten setiap dua minggu sekali sehingga kini,” katanya pada Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211, semalam.

Mohd Zaini mendapat penghargaa­n daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun kerana banyak menderma darah kepada Pusat Darah Negara.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Yamin.

 ??  ?? MOHD Zaini (tengah) menjadi warga PDRM paling banyak menderma darah kepada Pusat Darah Negara.
MOHD Zaini (tengah) menjadi warga PDRM paling banyak menderma darah kepada Pusat Darah Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia