Harian Metro

MRT 2 laluan SSP 30 peratus siap

-

Kuala Lumpur: Projek Tren Aliran Transit Massa 2 (MRT 2) bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya

(SSP) kini hampir 30 peratus siap pada awal Julai lalu.

Pengarah Projek Laluan SSP Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Amiruddin Ma’aris berkata, berdasarka­n kemajuan semasa, projek berkenaan akan dapat diteruskan dengan fasa pembinaan seterusnya mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kami sudah memulakan rentangan panjang jejambat sesilang di sepanjang Jalan Kuala Selangor, manakala kerja memasang landasan di laluan utama akan bermula pada Disember ini.

“Dengan kerja pembinaan yang kini berjalan lancar dan cepat di sepanjang bahagian utara jajaran bertingkat, kami yakin akan dapat menyiapkan kerja jejambat pada masanya,” katanya pada taklimat media mengenai kemajuan pembinaan MRT SSP, di sini, semalam.

Kerja pembinaan laluan SSP kini merangkumi bahagian selatan dan Putrajaya bagi jajaran bertingkat MRT Laluan SSP.

Kerja penggalian terowong menggunaka­n kaedah gerudi dan letupan di bahagian selatan pertama jajaran bertingkat di Taman Universiti juga baru bermula pada Jun 2018.

Bahagian yang melangkaui tanah tinggi di kawasan MARDI adalah satu-satunya bahagian terowong yang digali menggunaka­n kaedah gerudi dan letupan di sepanjang 38.7 kilometer landasan bertingkat.

Amiruddin berkata, terowong yang menggunaka­n kaedah gerudi dan letupan adalah landasan berkembar tunggal sepanjang 182 meter.

“Manakala terowong yang menggunaka­n kaedah korek dan timbus adalah struktur kotak sel berkembar meliputi kedua-dua belah terowong konkrit berjajar sepanjang 197 meter di sebelah hulu (timur) dan 161 meter di sebelah hilir (barat),” katanya.

 ??  ?? AMIRUDDIN (tengah) memberi taklimat kerja penggalian terowong bahagian Selatan MRT laluan SSP.
AMIRUDDIN (tengah) memberi taklimat kerja penggalian terowong bahagian Selatan MRT laluan SSP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia