Harian Metro

2 saksi kes dadah dicari

-

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sedang mengesan dua lelaki untuk menjadi saksi satu kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi 8, Shah Alam, Selangor.

Kedua- dua lelaki yang dicari itu dikenali sebagai Gan Kah Tze, 32, beralamat terakhir di A-25-8, Menara City One, Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur.

Dan Soh Hean Leong, 35, dengan alamat terakhirny­a di Nombor 1476, Jalan Besar Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Kedua-dua lelaki terbabit dikehendak­i hadir pada 30 dan 31 Julai ini dan pada 6 hingga 8 Ogos depan untuk memberi keterangan berhubung kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu terbabit boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat, Inspektor Rashshidy Abd Rahman di talian 016 415 5677 atau menghubung­i IPD Ampang Jaya atau balai polis yang berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia