Harian Metro

Ekonomi Asia, Malaysia berdaya tahan

-

Kuala Lumpur: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz percaya ekonomi Asia berdaya tahan daripada terkesan dengan perang perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat (AS).

“Dalam perang perdaganga­n seperti ini, ia tidak memanfaatk­an sesiapa. Namun saya percaya dengan daya tahan dimiliki ekonomi Asia dan kita akan menunjukka­n daya tahan ini mampu menuju ke hadapan,” katanya yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) kepada pemberita di sini, semalam.

Zeti mengulas pertanyaan mengenai impak daripada tindakan AS mahu mengenakan tarif kepada import China berjumlah AS$200 bilion kepada pasaran global dan juga Malaysia.

Pentadbira­n Presiden AS, Donald Trump dilaporkan mahu mengenakan 10 peratus tarif kepada tambahan AS$200 bilion import China yang sekali gus meningkatk­an lagi ketegangan dalam perang perdaganga­n di antara kedua-dua negara terbabit.

Ribuan barangan import dari China akan terjejas de- ngan tarif itu antaranya produk tembakau, kimia, arang batu, keluli dan aluminium serta pelbagai produk penguna seperti tayar kereta, perabot, basikal dan produk kayu.

Minggu lalu, kerajaan AS mengenakan 25 peratus tarif terhadap import China bernilai AS$34 bilion dan China bertindak balas dengan mengenakan tarif sama kepada eksport AS ke China.

 ??  ?? ZETI Akhtar
ZETI Akhtar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia