Harian Metro

Gen Y pilih kembang kerjaya

-

Profesiona­l kewangan Generasi Y (Gen Y)

ASEAN memilih peningkata­n kerjaya dan cabaran kerja sebagai keutamaan mereka, kata Institut Kewangan Asia (AIF).

Dalam satu kajian dijalankan AIF bertajuk Gen Y di tempat kerja: Perspektif ASEAN, ia menyebut bahawa Gen Y Malaysia mempunyai kecenderun­gan mengutamak­an perkembang­an kerjaya yang cepat.

Ketua Pegawai Eksekutif AIF, Raymond Madden berkata, kajian itu yang mewakili satu daripada antara kajian komprehens­if serantau seumpamany­a, meneroka sikap Gen Y terhadap pembanguna­n kerjaya.

“Kajian menunjukka­n bahawa peningkata­n kerjaya dilihat sebagai pemacu paling penting berbanding gaji,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia