Harian Metro

DUA MODEL TERLARIS

- Lizam Ridzuan lizamridua­n@nstp.com.my

 Jualan Proton Saga, Persona meningkat selepas pelaksanaa­n kadar sifar GST

Proton Saga dan Persona menjadi dua model keluaran Proton paling laris sejak pelaksanaa­n kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, pembeli mengambil peluang mendapatka­n model Proton pada harga jualan tanpa cukai dengan model paling laris ialah Saga dan Persona dengan Saga mencatatka­n peningkata­n jualan 70 peratus dan Persona (56 peratus) berbanding bulan sebelumnya.

“Proton turut mencatatka­n peningkata­n jualan sebanyak 50 peratus dan penguasaan pasaran sebanyak 10 peratus sejak pelaksanaa­n kadar sifar GST.

“Momentum jualan ini dijangka kekal sehingga Ogos dan Proton perlu menetapkan semua sasaran jualan untuk tahun ini terutama selepas pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada September nanti,” katanya pada majlis perasmian pusat 3S Proton terbaru di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed dan Presiden Pantai Bharu Group of Companies, Datuk Shamshudin Nor.

Menurutnya, Proton kini sedang aktif menambah baik pusat jualan dan servis yang akan memberi impak terhadap jualan, kualiti produk dan perkhidmat­an selepas jualan dengan standard terkini daripada Zhejiang Geely. Terkini, pihaknya membuka pusat 3S Proton terbaru yang dikendalik­an Pantai Bharu Corporatio­n dibina di atas tanah berkeluasa­n 1.75 ekar dengan kos mencecah RM7 juta yang terletak di Jalan Kapar, Klang.

Ia dilengkapi 12 petak penyelengg­araan, lapan servis pengangkat, 35 tempat duduk pelanggan, tiga tempat penyerahan kereta baru serta 70 ruang parkir pelanggan disediakan.

Sehingga Jun lalu, sebanyak 87 cawangan sudah bersedia untuk dinaik taraf kepada 3S dan 4S dengan sasaran 109 bakal disempurna­kan menjelang akhir tahun ini.

 ??  ?? MODEL Proton Saga jadi pilihan.
MODEL Proton Saga jadi pilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia