Harian Metro

Pengetua, guru ‘makan’ budak

-

New Delhi: Polis India menangkap tujuh orang termasuk pengetua dan guru sebuah sekolah, kerana disyaki merogol serta memeras ugut seorang remaja perempuan selama beberapa bulan dalam kes terbaru penderaan seksual ke atas golongan bawah umur.

Lima pelajar, seorang guru dan pengetua ditangkap di Bihar selepas gadis berusia 15 tahun memfailkan aduan minggu lalu, kata polis.

Ketua Polis Daerah, Har Kishore Rai, berkata, gadis itu memberitah­u polis dia dirogol pelajar dalam tandas sekolah pada Disember 2017. Penderaan seksual itu berlanjuta­n tujuh bulan.

Mangsa turut mendakwa pengetua dan dua guru merogolnya apabila dia melaporkan kejadian itu kepada mereka, kata Rai.

“Dia mendakwa dalam masa tujuh bulan, 19 orang merogolnya.

“Siasatan diteruskan, kami meneliti bukti terhadap setiap seorang tertuduh,” kata Rai, menambah 16 suspek ialah pelajar sekolah berkenaan. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia