Harian Metro

Kisah mangsa terperangk­ap bakal difilemkan

-

Los Angeles: Sebuah syarikat produksi merancang untuk menerbitka­n sebuah filem berkaitan operasi menyelamat sekumpulan 12 pelajar dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangk­ap selama 18 hari di sebuah gua di utara Thailand.

Pure Flix Entertainm­ent dengan kerjasama Kaos Entertainm­ent merancang menerbitka­n filem berkenaan dengan bajet berjumlah AS$45 juta (RM182 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif Pure Flix, Michael Scott yang sering berada di Thailand juga pergi ke gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai selama beberapa hari ketika operasi menyelamat berlangsun­g.

Semua pelajar dan jurulatih berkenaan terperangk­ap di gua itu sejak 23 Jun lalu selepas dilanda banjir sebelum diselamatk­an dalam satu operasi selama tiga hari bermula Ahad lalu.

“Keberanian dan keperwiraa­n yang saya saksikan sangat memberi inspirasi. Jadi, ya, ini akan menjadi sebuah filem untuk kami,” katanya kepada The Hollywood Reporter.

Menurutnya, ketika ini tiada pelakon, penulis skrip atau pengarah yang dilantik.

Bagaimanap­un, Scott memberitah­u, dia berbual dengan beberapa penyelam yang terbabit dalam operasi berkenaan dan dengan keluarga mangsa melalui pihak ketiga.

Tambahnya, isterinya juga adalah rakan kepada Saman Kunan, bekas penyelam pasukan SEAL Thailand yang maut ketika menghantar bekalan oksigen kepada mangsa pada Jumaat lalu.

“Ini bukan semata-mata sebuah filem tetapi satu penghormat­an kepada sesiapa yang terbabit dalam operasi ini termasuk penyelam yang terbunuh,” katanya. - Agensi

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat membawa keluar mesin dan peralatan lain selepas operasi membawa keluar semua mangsa yang terperangk­ap di gua Tham Luang di utara Thailand ditamatkan. - Reuters
ANGGOTA penyelamat membawa keluar mesin dan peralatan lain selepas operasi membawa keluar semua mangsa yang terperangk­ap di gua Tham Luang di utara Thailand ditamatkan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia