Harian Metro

Tekad rampas tempat

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid yang menjadi wira Harimau Selatan ketika menumpaska­n Perak 2-1, bertekad untuk merebut kembali kedudukann­ya dalam kesebelasa­n utama pasukan itu.

Safawi yang dimasukkan pada babak kedua perlawanan, berjaya menghasilk­an gol kemenangan pada minit ke-83, sekali gus membolehka­n JDT dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut.

“Saya bersyukur berjaya menjaringk­an gol kemenangan pasukan untuk mengesahka­n kedudukan kami sebagai juara, sekali gus layak

(gambar)

beraksi dalam Liga Asia ( ACL).

“Kini saya bertekad mahu merebut kembali kedudukan dalam kesebelasa­n utama pasukan selepas sekadar menjadi pemain gantian untuk beberapa perlawanan,” katanya yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Perak itu.

Nada gembira turut disuarakan pengendali JDT, Raul Longhi yang nyata lega apabila pemainnya berjaya bangkit untuk menukar corak permainan dan keputusan perlawanan.

“Pemain percaya dengan apa yang kami cuba lakukan, kami cuba menang walaupun ketinggala­n. Pemain bertarung hingga 95 minit permainan sebagai satu pasukan.

“Kadangkala sesuatu perlawanan itu amat sukar. Pada babak pertama kami bermain

 Safawi jaring gol kemenangan ketika JDT benam Perak

Juara-Juara baik tetapi tidak menjaringk­an gol.

“Begitupun, kami berjaya melakukann­ya dan kami mahu menang untuk Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), saya tahu beliau pasti gembira,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Perak, Gilmar Da Silva (tengah) diasak pemain JDT, Gonzalo Cabrera (kanan) dalam saingan Liga Super, di Ipoh, kelmarin.
PEMAIN Perak, Gilmar Da Silva (tengah) diasak pemain JDT, Gonzalo Cabrera (kanan) dalam saingan Liga Super, di Ipoh, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia