Harian Metro

Ubah strategi bantu kejayaan TFC

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui terpaksa mengubah strategi selepas ketinggala­n 0-1 kepada Kuala Lumpur (KL) sebelum anak buahnya bangkit mencatat kemenangan 3-1, kelmarin.

Selain itu, menurutnya, kata-kata yang disampaika­n ketika berada di dalam bilik persalinan selepas berakhir babak pertama juga berjaya menyuntik semangat pemain beraksi dengan lebih baik untuk bangkit.

“Selepas ketinggala­n hasil jaringan Paula Guilherme, pemain kami baru nampak lebih berani menguasai bola dan yakin berbanding pada awal permainan yang sedikit sukar dan kurang idea sehingga 30 minit pertama.

“Bagaimanap­un, perubahan strategi terutama pada babak kedua perlawanan ternyata menampakka­n hasilnya sehingga pemain lebih berani memegang bola dan mengatur gerakan lebih baik sebelum berjaya menjaringk­an gol sekali gus menang,” kata Irfan Bakti.

Dalam perlawanan itu, pasukan KL dilihat lebih bijak memanfaatk­an peluang pada separuh masa pertama apabila berjaya menghasilk­an gol menerusi Guilherme pada minit ke-32 sebelum skuad TFC bangkit meledak tiga gol hasil jaringan Abdul Malik Mat Ariff, Igor Zonjic dan Abdul Latiff Suhaimi.

Mengulas lanjut Irfan Bakti berkata, secara keseluruha­n beliau tetap berpuas hati dengan tahap persembaha­n dipamerkan anak buahnya biarpun pada babak pertama kurang senang dengan prestasi mereka kerana tidak begitu menyerlah.

“Beberapa kesilapan daripada pemain terutama pada babak pertama seperti yang dilakukan Zonjic begitu mengecewak­an kerana dia tidak menjaga dengan baik Guilherme sehingga pemain itu menghasilk­an jaringan.

“Namun Zonjic berjaya menebus kembali kesilapann­ya pada babak kedua dengan beraksi lebih baik, lebih-lebih lagi pemain itu berjaya menghasilk­an jaringan buat pasukan.

“Saya harap dengan baki empat perlawanan lagi iaitu satu di tempat sendiri bertemu Kelantan dan tiga perlawanan lagi di tempat lawan, pemain mampu meneruskan rentak konsisten untuk mengutip mata,” kata Irfan Bakti.

 ??  ?? PEMAIN TFC, Tchetche Kipre (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
PEMAIN TFC, Tchetche Kipre (kiri) diasak pemain Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia