Harian Metro

Serena gusar

Bintang AS bimbang gagal buru gelaran kelapan Wimbledon

- AFP London

Serena Williams bersiap sedia untuk aksi separuh akhir Grand Slam ke-35 dan bintang Amerika Syarikat itu menggambar­kan betapa usahanya memburu gelaran kelapan di Wimbledon kini dibaluti dengan soal bimbang jika gagal.

Dia berjaya mengatasi faktor itu, namun dipaksa bergelut sebelum bangkit menewaskan pemain bukan pilihan, Camila Giorgi 3-6, 6-3, 6-4. Kemenangan itu bakal menyaksika­n pemain berusia 36 tahun ini bertemu pilihan ke-13 dari Jerman, Julia Goerges pada aksi separuh akhir, hari ini.

Serena tidak pernah meraih gelaran Grand Slam sejak melahirkan anak perempuann­ya, Olympia, September lalu dan trofi terakhirny­a adalah di Terbuka Australia 2017.

“Saya bagus seperti kemenangan terakhir. Agak lama sejak saya menjuarai kejohanan,” kata Serena.

Namun pemenang major 23 kali itu dilihat sebagai pilihan utama untuk menamatkan penantian trofi minggu ini.

“Saya bencikan kekalahan.

Maksud saya, itu bukanlah rahsia lagi tetapi saya berasa seperti setiap kali tewas, saya menjadi lebih baik,” katanya.

“Amat penting buat saya untuk menerima kekalahan. Hanya beberapa waktu maka ia lebih untuk saya!”.

Angelique Kerber yang juga pilihan ke-11, dijadual bertemu bekas juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko dalam satu lagi aksi separuh akhir.

 ??  ?? JULIA
JULIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia