Harian Metro

Aksi ‘terakhir’ sebelum cuti bersalin

-

Chicago: Juara Major dua kali, Stacy Lewis akan beraksi buat kali terakhir pada LPGA Marathon Classic yang berlangsun­g di kampung halamannya sebelum mengambil ‘cuti bersalin’ sekali gus berehat hingga tahun depan.

Pemain golf Amerika Syarikat berusia 33 tahun itu dijangka melahirkan bayi perempuan pada 3 November dan tidak merancang untuk kembali beraksi sehingga Mac 2019.

“Ini adalah aksi terakhir. Saya beraksi dengan berhati-hati dan mendapatka­n rehat secukupnya. Keletihan dan cuaca panas sudah tentu tidak membantu. Jadi saya mengurangk­an latihan dan memaksimum­kan apa yang boleh saya lakukan.

“Saya beraksi buat kali pertama di kejohanan LPGA di sini. Jadi banyak memori indah di sini,” kata Stacy.

Stacy memenangi 12 gelaran LPGA termasuk gelaran Major pada Kejohanan Kraft Nabisco 2011 dan juga Terbuka British 2013.

Namun tumpuan paling besar buat masa ini adalah menantikan kelahiran anaknya.

“Saya teruja untuk pulang ke rumah dan mereka bentuk bilik untuk anak saya bersama suami saya. Saya tidak sabar menantikan saat itu.”

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatka­n kembali prestasi. Mungkin kita tunggu dan lihat saja. Saya fikir saya akan kembali pada keadaan yang terbaik menjelang Mac depan.”

Kemenangan terakhirny­a adalah tahun lalu di Portland namun dia mengharapk­an dapat memenangi kejohanan minggu ini seperti yang dilakukan bintang tenis, Serena Williams yang memenangi Terbuka Australia tahun lalu meskipun sedang hamil.

“Saya mahu menunjukka­n kepada semua orang dan membuktika­n kepada diri sendiri bahawa anda boleh berkeluarg­a namun dalam masa sama memiliki karier dan mencapai kejayaan.

“Kami boleh menjelajah Amerika Syarikat dan berkeluarg­a serta menunjukka­n kepada anak perempuan saya yang dia boleh melakukan apa yang dia inginkan.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia