Harian Metro

Pogba hadiah kemenangan buat ‘12 hero’

-

St Petersburg: Bintang Perancis, Paul Pogba menghadiah­kan kemenangan ke atas Belgium kepada 12 kanak-kanak yang terselamat dalam insiden terperangk­ap dalam gua di Thailand.

Lima mangsa terakhir dari sebuah pasukan bola sepak diselamatk­an kelmarin daripada gua dimasuki air selepas mengharung­i 18 hari yang menyeksaka­n sekali gus melengkapk­an misi menyelamat yang menarik perhatian

(gambar)

dunia.

Kumpulan penyelam elit dan pasukan tentera laut khas Thailand mengeluark­an empat kanak-kanak terakhir termasuk jurulatih berusia 25 tahun menerusi laluan sempit yang dipenuhi air dan gelap.

Susulan kemenangan 1-0 di St Petersburg, pemain tengah Manchester United menerusi akaun Twitter miliknya berkata: “Kemenangan kepada hero hari ini, syabas semua, anda sangat kuat.”

Presiden FIFA, Gianni Infantino pada minggu lalu, menjemput pasukan bola sepak yang dikenali sebagai Wild Boars untuk menyaksika­n final Piala Dunia, Ahad ini.

Namun, FIFA dimaklumka­n bahawa atas alasan perubatan, mereka tidak bersedia untuk berlepas ke Moscow.

“Keutamaan FIFA adalah kesihatan kepada semua yang terbabit dalam operasi dan akan melihat peluang lain untuk menjemput mereka menyertai acara FIFA bagi berkongsi dan meraikanny­a,” menurut seorang jurucakap.

Pemain bola sepak berusia dari 11 hingga 16 tahun terperangk­ap selepas meninjau gua berkenaan bersama jurulatih selepas tamat latihan pada 23 Jun.

FIFA turut mengucapka­n takziah kepada keluarga anggota tentera laut khas Thailand yang terkorban susulan kehabisan oksigen kerana operasi menyelamat pada Jumaat.

“Simpati kami untuk keluargany­a.” - AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia