Harian Metro

4,500 peminat Qatar layan ‘aura’ Piala Dunia

-

Doha: Tempoh empat tahun akan datang, Stadium Antarabang­sa Khalifa di Qatar, akan menjadi tuan rumah Piala Dunia namun mereka sudah merasainya dengan menyajikan tontonan skrin gergasi awal pagi semalam.

Lebih 4,500 penonton memenuhi stadium berkenaan bagi menyaksika­n Perancis menewaskan Belgium pada peringkat separuh akhir Piala Dunia di Russia sekali gus menunjukka­n masa turut berjalan menuju Piala Dunia 2022 di Qatar.

Seorang penonton tempatan yang menyokong Belgium berkata, beliau menikmati kejohanan itu.

“Ia kompetitif dan lebih menarik menyaksika­n sesuatu yang baru di Piala Dunia,” katanya.

Namun, beliau turut mengakui kejayaan luar biasa di Russia akan memberikan tekanan kepada Qatar untuk mengulangi­nya.

“Secara jujurnya, ia memberikan lebih tekanan. Ia akan menjadi Piala Dunia pertama di Timur Tengah,” kata Atef.

“Buka saja penting untuk Qatar, malah untuk benua.”

Perlawanan menarik orang ramai sekitar Doha dengan kebanyakan­nya lelaki namun ada juga wanita yang membawa keluarga masing-masing.

Penyokong dari Qatar, Kenya, Bangladesh, India dan Pakistan bersama-sama menyaksika­n di skrin besar, menjerit dan melompat apabila beberapa peluang disia-siakan.

Seorang guru di Qatar, Mohamed menyaksika­n bersama keluargany­a namun turut memikirkan empat tahun akan datang.

“Saya fikir kita mampu melakukan dengan lebih baik kerana terdapat banyak sukan sudah berlangsun­g di Doha,” katanya.

Bidaan Piala Dunia Qatar dibayangi beberapa kontrovers­i dengan dakwaan rasuah, hak asasi manusia dan isu alkohol dengan kira-kira 1.5 juta penyokong akan menuju ke Doha pada 2022. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia