Harian Metro

20 cedera ‘terkejut’ letupan bunga api

-

Nice, Perancis: Lebih 20 penyokong bola sepak cedera di sebuah stadium ketika mereka meraikan kemenangan Perancis dengan bunga api sebelum wisel penamat separuh akhir Piala Dunia awal pagi semalam.

Insiden itu mengimbau kembali tragedi di sebuah bandar di French Riviera dua tahun lalu yang menyaksika­n seorang militan memandu sebuah trak meluru ke arah kelompok yang meraikan Bastille Day hingga menyebabka­n 86 terbunuh.

“Terdapat ramai orang cemas selepas bunga api diletupkan,” kata Jean-Gabriel Delacroix, seorang pegawai kerajaan yang turut menyatakan seramai 27 orang cedera dalam insiden berkenaan.

“Kebanyakan kecederaan itu adalah luka dan lebam apabila ramai di antara mereka terjatuh.”

Media tempatan memaparkan imej insiden berkenaan, namun Reuters masih belum mengesahka­n gambar terbabit. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia